Monday 30 September 2013

Sunday 17 March 2013

Random 2 - Baju



Pagi ni, pagi semalam, pagi semalam semalam dan pagi sebelum-sebelumnya,

Bila buka almari,
Sutuasi macam ni lah lebih kurang..

*Termenung jauhhhh...*


Terfikir,
Nak pakai baju apa ni?

*Termenung lagiii...*

Hurmmmm tak tau nak pakai baju apa lah..



Solusi :

Hanya perlu berdiet sahaja Locitah oii..
Langsung tak langsung semua baju boleh pakai!

*Arghhh sambung termenung*



Saturday 16 March 2013

Lupa

 
Lama tak buka blog sendiri. 50 kali jugak log in tak lepas-lepas memandangkan tak ingat password, malah email jugak lupa! kuikuikui..


 
PEACE YOOO!
 
 

Friday 30 November 2012

Visa ohhh visa






Huwaaaaaaa tak tau pulak nak pi Myanmar kena ada Visa!
hukhukhuk 




Thursday 29 November 2012

Lie 1 - 5 minutes

Disebabkan 5 minit ni la, hari ni aku lewat sampai ofis dari selalunya.

Insan ini sebenarnya sangat lah berkira atau dalam bahasa sopan, MENGHARGAI masa tidur, kalau sepatutnya bangun 4.00 pagi tapi terjaga 3.55 pagi, akan ku tidur balik! Biar lebih asal kan jangan kurang! hahaha. (ni contoh sahaja, tak rajin aku nak bangun awal-awal gini) Alasan nya nak tidur puas-puas sebelum ada anak kecik. Cehs alasan semata-mata! Kahwin pun belum. Cakap je 'hobi ku memang suka tidur!' 

Berbalik kepada cerita hari ni, aku terjaga pukul 6.25 pagi, masa sepatutnya 6.30 pagi. Yeahhhh macam biasa tidur balik! 5 minit pun sangat berharga weh! tak akan ku sia-sia kan begitu saja. Wah bunyi macam menghargaiii masa lah sangat kan. Sekali terjaga terus gagau handphone tengok dah 7.20 wehhhh! Hambik kau dari 5 minit masa tambahan terjadi 55minit. Rasa macam baru je tutup mata.     -____-"

Jadinya,

sangat tak serasi dengan aku.



Wednesday 21 November 2012

Oh my diet!!




Azam membara-bara,
tekad menyala-nyala untuk niat yang satu ni.
Hurmm hakikatnya dusta semata-mata.

Insaflah hoi! Jangan tipu lagi boleh tak?
 
 
Aku jawab "Boleh!"
 
 
Ohhh nampaknya ini macam bau satu lagi penipuan.
 
-____-"


Random 1 - Touching

Ini adalah peringatan untuk diri sendiri.

Bercakap atau lebih tepat menulis berkenaan touching atau perkatan lain TERASA. 

Kadang-kadang kita tak sedar pun kita dah buat mereka terasa. Walaupun kita tak maksudkan macam tu, tapi kita kena ingat perspektif orang berbeza-beza dan pemahaman orang juga berbeza-beza walaupun mereka tu kawan kita atau pun sedara mara adalah contoh paling dekat. 

So, be careful dengan apa yang nak di cakap kan. Tak semua mereka yang terasa akan datang balik dekat kita dan cakap 

"aku terasa dengan kau pasal bla bla bla..." 

Usually mereka ni akan simpan dalam hati. Mungkin sampai mati, who knows? Nama pun TERASA. Paling tak sedap bila ada medium ketiga yang hanya nak tambahkan perasa bukan nak menaturalkan rasa. Yang kita ni tak sedar apa lah salah kita? Macam teraniaya bunyinya. Jadi, kalau ada mereka yang bagitau secara direct tu kira bagus. At least kita dapat explain balik apa sebetulnya yang dimaksudkan, kat mana silapnya, kat mana tersalah tafsir. Kan? Think positive! Kita hidup bermasyarakat, tetap kena jaga sensitiviti sekeliling. Tak semua orang fikir sama macam kita fikir. Dan maybe benda tu betul di mata kita, tak semestinya betul di mata mereka.

Beware with your words and first think first before buka mulut. Dalam kita tak sedar, mulut kita boleh tahan bisanya! Termasuk mulut aku pun tak terkecuali jugak. 

Senang cerita, aku dah pernah rasa. Dan aku yakin korang pun pernah berada di situasi 'Kita' atau 'Mereka'. Sedar atau tak sedar.

Sekian.